Sumbangan Anda Diperlukan

Sumbangan anda hanya dengan membuat belian Produk HPA Industries Sdn Bhd.Di Cawangan/ Stokis HPA dekat dengan anda: Seperti Air Minuman HPA "Gau", Ubat Gigi, Sabun Mandi, Syampoo, Kopi Radix "Mai Secawan" serta 180 produk yang lain. Dengan mengunakan id : 369611.MY01 (DPP Kawasan Marang). Anda juga boleh jadikan id ini sebagai Penaja Anda.Untuk mengetahui lanjut tentang HPA ikuti Seminar PBC dengan bayaran RM150.00 rujuk http://seminarpbc.blogspot.com

[ hpa4online.com ]

Sunday, May 18, 2008

Kuliah Maghrib

Umno pernah beli Adun PAS, tumbangkan kerajaan di Terengganu

PENGKALAN CHEPA, 15 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan parti politik pertama yang menghianati demokrasi dengan mengamalkan sogokan wang.

Katanya, parti tersebut tidak perlu menggelabah sekiranya orang lain (pembangkang) juga cuba melaksanakan perkara yang serupa.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang tinggi sehingga boleh menampung tiga generasi sekiranya melompat parti.

Menurut Dahlan, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh ?utusan khas? hantar untuk bertemunya sebelum ini hanya akan didedahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) di sini, petang tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sebenarnya menjadi guru dalam semua kerja jahat termasuk membeli undi, menyogot wang termasuk membeli wakil rakyat untuk mendapatkan kemenangan.

?Inilah bahananya Umno, dia buang najis, lepas tu dia suruh orang lain basuh, mana boleh, padan dengan muka Umno, tak perlu pertikai lagi la (beli Adun), sebab dia selama ni yang mengajar orang lain,? ujarnya.

Menurutnya kerajaan Terengganu pernah jatuh ketika di bawah kerajaan PAS yang diterajui Allahyarham Daud Samad kerana Umno menggunakan kaedah itu untuk menawan negeri berkenaan.

?Kerajaan Kelantan yang jatuh pada tahun 1978 juga kerana Umno menculik seorang wakil rakyat PAS ketika itu, Haji Omar untuk tujuan menumbangkan kerajaan PAS,? katanya.

Selain itu tiga Adun PAS yang menang pada pilihan raya umum 2004 turut ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi tujuan untuk melompat parti kepada BN.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit ditawarkan hingga RM5 juta. Siapa yang melakukan semua itu kalau bukan Umno.

?Jadi Umno kena faham apa yang berlaku jangan marah sebab mereka sendiri yang mengajar (memulakannya), jadi jangan marahlah, padan muka dia (Umno),? tambahnya.

Ditanya pejabat DAP di Perak yang dibom dengan petrol malam semalam katanya tindakan itu dilakukan oleh mereka yang kecewa.

?Kalau beriman, mereka akan bertindak mengikut cara Islam, sebaliknya bagi yang tidak berpandukan ajaran Islam akan melalukannya begitu.

?Bagi orang yang kecewa tidak boleh berhujah dengan dalil atau kebenaran, dia akan melepaskan geram atau kecewanya dengan bom. Ini semuanya tak betul,? ujarnya. - mj

Thursday, May 1, 2008

Mansuhkan ISA, Gerakan Mansuh ISA serah memorandum pada Ketua Pembangkang

Anis Nazri
Wed | Apr 30, 08 | 8:23:41 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Bagi meneruskan kempen membebaskan semua tahanan ISA dan memansuhkan akta itu, GMI hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di lobi Parlimen, hari ini.

Memorandum bersama Biro Hak Asasi Majlis Peguam itu diserahkan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan wakil Majlis Peguam, Amir Hamzah sempena kempen bebaskan tahanan enam tahun ISA yang dilancarkan GMI sebelum ini.

Menurut Syed Ibrahim, memorandum ini bertujuan mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, sekaligus BN juga bagi menuntut kerajaan agar memansuhkan akta itu ataupun membicarakan semua tahanan yang kini mencecah 70 orang.

"Tujuan ini adalah untuk menggesa semua pihak, khususnya di Parlimen baru, dengan wakil Pakatan Rakyat, yang mana 11 daripada 83 ahli parlimen (MP) adalah bekas tahanan ISA," kata beliau.

Sementara itu, GMI turut menyerahkan lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' kepada Wan Azizah untuk diserahkan kepada MP Pakatan Rakyat dan BN untuk dipakai sepanjang masa sebagai tanda sokongan bagi memansuhkan akta tersebut.

Wakil Majlis Peguam, Amir Hamzah berkata pihaknya berharap semua MP akan memakai lencana ini sepanjang berada di parlimen dan juga di luar parlimen.

"Kita akan beri juga kepada MP BN. Kalau mereka pakai, Alhamdulillah. Jika tidak (memakainya), tandanya mereka akan bertanggungjawab atas kezaliman ini," tegas beliau.

Sementara itu, Wan Azizah selepas menerima memo berkenaan berkata akta seperti itu tidak sepatutnya ada di dunia kerana penahanan itu tiada sebarang perbicaraan dan bukti kukuh yang disabitkan bersama.

"Letakkanlah diri anda jika ada di kalangan sanak saudara anda ditahan di bawah akta ini. Sanggupkah anda merasai derita yang ditanggung keluarga ISA ini, yang mana sudah ada yang ditahan selama lebih enam tahun?" soal Wan Azizah.

Beliau turut meminta media agar melaporkan dan tidak 'menyembunyikan' fakta mengenai ISA ini agar rakyat mengetahui kezaliman akta ini.

Turut sama dalam majlis penyerahan memorandum ialah isteri tahanan ISA, Norlaila Othman, isteri kepada MP Kota Anggerik, yang juga tahanan ISA, Pushpaneela dan adik kepada V Ganabatirau.

Wan Azizah, kemudiannya menyerahkan lencana tersebut kepada beberapa MP, termasuk Dato' Seri Nazri Aziz, Dato' Sharir Samad, Dato' Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.

Antara MP Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ir Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dr Hayati Osman (Pendang), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Tian Chua (Batu), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Fuziah Salleh (Kuantan).

Turut hadir Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh. - mks.